Friday, 28 August 2015



Selamat malam kepada semua sahabat di sini ...

di sini, kami ingin memaklumkan kepada semua sahabat, bahawa berkuatkuasa serta merta, blog ini akan dikenali dengan nama baru iaitu GENESIS TRAINING CONSULTANT dan tidak akan lagi menggunakan nama PEOPLE & SKILLS.

Pihak kami akan memasarkan kursus/latihan menggunakan nama GENESIS TRAINING CONSULTANT dan kami masih lagi bekerjasama dengan PEOPLE & SKILLS untuk mengadakan kursus-kursus yang ada.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan selama kami menggunakan nama PEOPLE & SKILLS. Semoga dengan nama baru ini, kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua sahabat yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang kami tawarkan.

Pihak kami akan mengadakan kerjasama lebih dengan pihak yang bertauliah dan berkemampuan untuk menganjurkan kursus-kursus yang lebih menarik pada masa terdekat.

Selain daripada itu, untuk memudahkan pemasaran kursus-kursus yang kami tawarkan, kami akan mereka satu PAGES di laman FACEBOOK .. sila klik di SINI untuk mengakses ke pages Facebook tersebut. Jangan lupa like untuk sentiasa mendapatkan info terkini daripada kami.

Akhir kata, pihak kami ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang kami menggunakan nama PEOPLE & SKILLS, terdapat salah kata dan terkasar tingkah. Kami masih lagi dengan motto kami iaitu YOUR CONTINUOUS EDUCATION HUB dan diharapkan kami akan terus mendapat sokongan daripada sahabat semua.

YOUR CONTINUOUS EDUCATION HUB

Director
GENESIS TRAINING CONSULTANT

Tuesday, 4 August 2015

Pengambilan Kelompok Ke-2 Site Safety Supervisor Competency Course (SSS) Bintulu

Kepada individu yang berminat untuk mengambil Kursus Kompetensi Penyelia Tapak Bina (Site Safety Supervisor) boleh menghubungi konsultan kami Cik Ruby (Tel:011-32177878) untuk keterangan lanjut ..

People & Skills Bintulu membuka pendaftaran untuk kelompok ke-2 di Bintulu mulai sekarang. Tarikh kursus dijangka dijalankan pada pertengahan September 2015 ini nanti.

Cepat Daftar Sekarang!!


Friday, 31 July 2015

Site Safety Supervisor Competency Course (SSS)

Pada hari ini (31/7/2015), seramai 28 orang peserta telah pun mendaftar secara rasminya untuk menyertai Kursus Kompetensi Penyelia Tapak Bina (Site Safety Supervisor Competency Course) atau lebih dikenali dengan nama SSS (triple S), buat julung kalinya diadakan oleh People & Skills di Bintulu.

Kelompok pertama ini secara rasminya telah memulakan kelas pada hari ini yang diadakan di Li Hua Hotel, Bintulu, Sarawak. Kelas dijalankan oleh Penceramah / Tenaga Pengajar yang memang berpengalaman luas di dalam bidang Keselamatan & Kesihatan.

Kami dari People & Skills dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada ke semua peserta yang telah mendaftar pada hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh People & Skills, sila ikuti update yang akan dikongsi bersama dari masa ke semasa sama ada di Facebook People & Skills atau pun lawan web ini.

Gambar-gambar menarik sepanjang masa pendaftaran serta sewaktu kelas sedang diadakan boleh dilihat di bawah ini ..









Sunday, 26 July 2015

IEDOSH Bintulu 06 - Aksi Menarik












IEDOSH Bintulu 06 - Update

Industrial Executive Diploma in Occupational Safety & Health (IEDOSH) sessi 2015/2016 yang mendaftar pada 7 March 2015 lepas, telah berada di module ke-3 pada masa blog ini ditulis. Para pelajar telah pun menerima pembelajaran daripada pensyarah yang dipilih khas oleh pihak IPD-OUM untuk membimbing para pelajar dalam memahami dengan lebih jelas dan terperinci mengenai module-module yang mereka jalani.

Pihak kami dari People & Skills berasa puas apabila mendapati para pelajar saling bekerjasama dan bantu membantu di dalam proses pembelajaran ini. Pergaulan serta perbincangan kumpulan di antara para pelajar sangat menggalakkan.

Kami sentiasa mendoakan untuk semua para pelajar ini lulus di dalam setiap module yang mereka ikuti. Tinggal lagi 8 module untuk mereka hadapi selepas ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang kami tawarkan, pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan info-info terkini dari blog ini.

"Your Continuous Education Hub"

People & Skills Bintulu


Para pelajar bersama Pensyarah di Module 1

Para Pelajar bersama Pensyarah di Module 2

Para pelajar bersama Pensyarah di Module 3

Berkongsi Info Garis Panduan Pendaftaran Penyelia Tapak Bina




Kami dari pihak admin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas respon yang amat menggalakkan daripada anda yang sudah mendaftar untuk kursus Site Safety Supervisor. Dengan ini kami dengan rasminya mengumumkan PENDAFTARAN TELAH DITUTUP.

Sekiranya ada diantara anda yang berminat tetapi belum berpeluang untuk menyertai kursus ini, silalah sentiasa mengikuti perkembangan serta pengumuman kursus-kursus yang bakal kami anjurkan dimasa akan datang. 

Sekian terima kasih.

"Your Continuous Education Hub"

People And Skills Bintulu

Sunday, 12 July 2015

Kejutan Buat Warga Bintulu

Sebagai hub pembelajaran yang berterusan, kami di People And Skills Bintulu akan membawakan satu kejutan istimewa untuk warga Bintulu khasnya ..

Pihak kami akan mengumumkan kejutan ini di dalam masa terdekat ..

"Your Continuous Education Hub"

People And Skills
Bintulu Branch


Sunday, 28 June 2015

Site Safety Supervisor Course



People & Skills akan mengadakan Kursus Keselamatan Tapak Bina (Site Safety Supervisor) pada masa terdekat. Pihak kami mengalu-alukan dan ingin menjemput individu yang berminat untuk mengikuti kursus ini. Pada masa sekarang, pendaftaran masih terbuka kepada mana-mana individu yang berminat.

Yuran kursus ini adalah RM2620.00 termasuk semua kos untuk peperiksaan, bahan latihan dan lain-lain kos berkaitan. Sekirannya anda atau ahli keluarga atau sahabat anda berminat, borang pendaftaran boleh di download di sini atau pun boleh klik pada ruang DOWNLOADs di dalam blog ini, dan pilih SSS Application Form. 

Sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai kursus ini, anda boleh menghubungi pihak kami di Bintulu.

1. Ms. Ruby 011-32177878
2. Mr. Clarence 010-5987878

SMS/Whatsapp


"Your Continuous Education Hub"


People & Skills Bintulu

Bintulu IEDOSH 6th Batch Intake

Pada 7 March 2015, seramai 30 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti Kursus Industrial Executive Diploma in Occupational Safety And Health (IEDOSH) di Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak.

Pihak Institute of Professional Development, Open University Malaysia (IPD-OUM) telah datang untuk proses pendaftaran dan sekaligus menyampaikan taklimat kepada pelajar kumpulan ke-6 bagi program tersebut.

Pihak kami sentiasa memandang ke hadapan untuk meneruskan program ini untuk menyediakan program-program yang bersesuaian bagi individu yang berkerja. Kelas-kelas yang telah disediakan adalah pada hari Sabtu & Ahad dan ianya adalah fleksibel untuk para pelajar menghadiri kelas-kelas yang telah dijadualkan.

"Your Continuous Education Hub"

People & Skills Bintulu
















Selamat Datang

Selamat pagi dan salam sejahtera ..

Selamat datang ke blog kami, People & Skills (Bintulu) ..
Blog ini direka untuk kemudahan penyampaian maklumat terkini kepada semua individu yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sebarang tawaran yang diberikan oleh pihak kami ..

Di dalam blog ini juga akan disampaikan sebarang bentuk kursus atau aktiviti terkini yang kami akan jalankan kepada semua dari masa ke semasa .. Selain daripada itu, pengguna blog ini juga boleh download borang-borang yang diperlukan untuk sebarang perkara berkaitan sahaja ..



Kami berharap dengan ada nya blog ini, dapat memudahkan pengguna/individu yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa saja aktiviti/kursus yang ditawarkan kepada anda oleh People & Skills (Bintulu)


Facebook kami boleh juga dicapai di sini.

Sekian.

"Your Continuous Education Hub"

People & Skills Bintulu